Translate

Monday, January 22, 2024

Pas Terengganu umum manifesto, 10 tawaran untuk rakyat

 KUALA NERUS – Pas mengumumkan manifesto yang menawarkan 10 tawaran kepada rakyat Terengganu sekiranya terus diberi mandat mentadbir negeri ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini. 

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tawaran pertama ialah rakyat negeri ini yang berkelayakan akan ditawarkan kemudahan pinjaman tanpa riba sehingga RM4,000 bagi pembelian motosikal. 

“Khairat kematian RM500 disediakan buat rakyat selain mewujudkan Tabung Geran Usahawan Belia sebanyak RM5 juta. 

“Kita juga berjanji akan menyiapkan jalan raya (pesisir) pantai dari Kemaman hingga Besut,” katanya pada Jelajah Perikatan Nasional (PN) Best di Dataran Jambatan Angkat Kuala Terengganu, di sini kelmarin. 

Ujar beliau, Pas juga menawarkan tajaan buat suri rumah Terengganu berkelayakan mencarum dalam Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). 

Naib Presiden Pas itu menambah, Tabung Bantuan Pertanian, Penternak dan Nelayan sebanyak RM 5 juta juga akan disediakan.

 “Kita juga bakal menyediakan peruntukan RM100 juta bagi menjadikan Terengganu sebagai salah sebuah negeri pengeluar makanan buat negara.

 “Insentif pengembangan peniagaan kepada peniaga yang membuka cawangan di Terengganu juga akan diwujudkan bagi meningkatkan lagi peluang pekerjaan,” katanya.

Ujarnya, pusat tafaqquh fiddin atau pengajian agama Islam akan dibina di setiap daerah di negeri ini.

 Tambahnya, Pas juga berjanji akan membina masjid baharu yang lengkap fasiliti dan menjadi pusat aktiviti agama, ekonomi, riadah dan sosial buat ahli kariah. 

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Pas merampas Terengganu selepas menguasai 22 kerusi DUN berbanding Barisan Nasional (BN) cuma 10 kerusi.

No comments:

Post a Comment