Translate

Thursday, January 11, 2024

Fakulti Teknologi, Kejuruteraan dan Informatik dijenama semula

KUALA TERENGGANU – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menjenamakan semula Fakulti Teknologi, Kejuruteraan dan Informatik (FTKKI) kepada Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTKK). 

Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Mazlan Abd. Ghaffar berkata, selain FTKK, Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) turut ditubuhkan sebagai pecahan kepada FTKKI.

 “Penjenamaan semula FTKK merupakan sebahagian daripada usaha universiti ini dalam memperkukuhkan lagi identiti dan pencapaian UMT. 

“Penubuhan FSKM pula bagi mencerminkan penumpuan UMT yang lebih jelas dalam bidang matematik dan teknologi maklumat,” katanya semalam. 

Mazlan memberitahu, penjenamaan semula itu sejajar de ngan falsafah UMT dalam menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi negara. 

Tambahnya, UMT turut mewujudkan dua jabatan baharu iaitu Pusat UMT Life dan Pusat Pengurusan Lestari bagi memperkasa kekuatan universiti tersebut.

 “Pusat UMT Life akan diterajui oleh Prof. Dr. Haiza Aishah Hashim, manakala Prof. Madya Dr. Chia Poh Wai pula diberikan tanggungjawab sebagai Pengarah Pusat Pengurusan Lestari.

“Transformasi ini mengambil kira peningkatan kapasiti dalam penyelidikan dan inovasi serta khidmat sokongan UMT,: kata beliau.

No comments:

Post a Comment