Translate

Friday, January 19, 2024

Dua mangsa kepala air dilindungi Perkeso

KUALA TERENGGANU – Dua daripada 10 mangsa tragedi kepala air Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman pada minggu lalu disahkan sebagai pencarum skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

 Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, dua mangsa tersebut layak menerima faedah skim Perkeso kerana dilindungi. 

 Beliau berkata, penyaluran bantuan dan pembayaran faedah tersebut akan dilunaskan Perkeso pada kadar segera. 

“Perkeso dalam proses berhubung dengan waris mangsa bagi melengkapkan dokumentasi.

 “Penyerahan faedah kepada waris mangsa yang layak akan dilakukan Perkeso dalam masa terdekat,” katanya di sini semalam. 

Terdahulu beliau merasmikan Karnival Kerjaya MYFutureJobs dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah peringkat Terengganu.

Difahamkan dua mangsa yang merupakan pencarum Perkeso terbabit adalah Karim Abdullah, 39, yang merupakan pengendali jentera berat dan tunang anaknya, Muhammad Fikri Satiman, 24.

No comments:

Post a Comment