Translate

Saturday, January 27, 2024

Pelajar IPT bebas keluar berkempen

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

KUALA NERUS – Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara bebas untuk terlibat dalam kempen pilihan raya di enam negeri yang bermula kelmarin asal tidak membawa politik kepartian ke dalam kampus. 

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Mohamed Khaled Nordin berkata, kementeriannya tidak mempunyai halangan sekiranya pelajar IPT itu menjadi calon pilihan raya sekali pun. 

“Kita bukan polis (untuk pantau aktiviti politik pelajar IPT). Mereka bebas dan kita tidak pernah mengongkong tapi jangan bawa politik kepartian ke dalam kampus. 

“Dia (pelajar IPT) juga boleh bertanding (dalam pilihan raya) tetapi tiada siapa yang menjadi calon (PRN),” katanya ketika mengadakan lawatan kerja ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini semalam.

Mohamed Khaled menjelaskan tiada sekatan terhadap minat dan kecenderungan pelajar IPT tempatan untuk terlibat dalam aktiviti mana-mana parti politik. 

Jelas beliau, kelonggaran itu selaras dengan pindaan yang telah dilakukan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU). 

“Kita sudah pinda AUKU beberapa kali. Tidak kisah mana-mana parti politik (boleh disertai pelajar IPT),” katanya. 

PRN di enam negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan pada 12 Ogos depan menyaksikan penyertaan 570 calon.

 Seramai 17 individu berusia 29 tahun ke bawah dengan termuda berusia 23 tahun telah disahkan menjadi calon PRN oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari penamaan calon kelmarin.

No comments:

Post a Comment