Translate

Thursday, January 25, 2024

Jambatan Pulau Poh pemangkin ekonomi Tasik Kenyir

HULU TERENGGANU – Jambatan Pulau Poh bakal menjadi pemangkin pembangunan ekonomi bukan sahaja kepada Tasik Kenyir, malah daerah ini. 

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pelbagai acara pelancongan yang memberi peluang perniagaan kepada penduduk setempat telah dianjurkan sejak jambatan ikonik itu dibuka pada 22 Disember 2021.

 “Kewujudan kios-kios jualan di kawasan sekitar (Jambatan Kuala Poh) sudah pasti memberi peluang kepada lebih ramai usahawan-usahawan negeri ini berniaga. 

“Kerajaan negeri juga telah mengenal pasti kawasan-kawasan (di sekitar) yang berpotensi untuk dibangunkan bagi meningkatkan ekonomi setempat,” katanya sewaktu menghadiri perasmian Jambatan Pulau Poh, di sini malam kelmarin. 

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan perasmian jambatan tersebut sempena Hari Keputeraan baginda ke-61. 

Ahmad Samsuri berkata, Jambatan Pulau Poh yang menghubungkan Pengkalan Gawi dengan Marina Pulau Poh merupakan salah komponen infrastruktur destinasi pelancongan terkenal, 

Tasik Kenyir. Jelas beliau, jambatan empat lorong sepanjang 133 meter tersebut dibina dengan kos kirakira RM105 juta. 

“Konsep seni bina Jambatan Pulau Poh ini diinspirasi daripada reka bentuk hiasan perahu tradisional masyarakat Terengganu.

 “Jambatan yang memiliki kombinasi reka bentuk tradisional dan moden juga bermotifkan kepala bangau,” ujarnya. 

Jambatan Pulau Poh adalah antara tarikan pelancongan di Tasik Kenyir yang telah diisytiharkan sebagai Taman Geo Kebangsaan baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment