Translate

Monday, January 29, 2024

Projek solar terapung di Tasik Kenyir

KUALA TERENGGANU – Terengganu Inc. bercadang untuk membangunkan projek loji tenaga solar terapung di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu dengan pelaburan sehingga RM1 bilion. 

Projek tersebut bakal melibatkan kawasan seluas 2,000 hektar di tasik berkenaan. 

Presiden Terengganu Inc. Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun berkata, kajian pembangunan mengenai loji tenaga solar fotovoltaik terapung itu bakal dilaksanakan bersama syarikat utiliti, TNB Power Generation Sdn. Bhd. (TNB Genco). 

“Loji tenaga solar fotovoltaik terapung ini disasar mampu menjana tenga solar berkapasiti lebih 1,000 megawatt (MW),” katanya. 

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) berhubung projek tersebut dengan Pengarah Urusan TNB Genco, Datuk Nor Azman Mufti di sini semalam. 

Burhanuddin Hilmi berkata, kajian dan penerokaan pembangunan projek loji tenaga solar itu bakal dilaksanakan dalam tempoh setahun. 

“Syarikat kerajaan negeri dan pelabur dalam dan luar negara bakal dilibatkan dalam pembinaan projek ini,” jelasnya.

No comments:

Post a Comment