Translate

Sunday, January 7, 2024

Mangsa banjir Terengganu tinggal 158 orang

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Banjir gelombang kedua yang melanda Terengganu sejak Khamis lalu semakin pulih dengan hanya 158 mangsa daripada 16 keluarga masih terjejas.

Hanya empat pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di tiga daerah iaitu Marang, Dungun dan Setiu.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Marang paling terjejas dengan 114 mangsa daripada enam keluarga masih berada di dua PPS.

“Seramai 42 mangsa daripada sembilan keluarga pula berlindung di PPS Balai Raya Kampung Pelandang, Dungun.

“Satu-satunya PPS yang masih beroperasi di Setiu iaitu Surau Kampung Nyatoh pula hanya mempunyai dua mangsa sekeluarga,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, hujan masih turun di beberapa kawasan di negeri ini. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment