Translate

Friday, January 5, 2024

UiTM latih orang kampung berniaga di platform e-dagang

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengambil inisiatif melatih masyarakat luar bandar, Kampung Pulau Manis di sini memperluaskan pemasaran perniagaan menerusi platform e-dagang.

Ketua projek, Prof. Madya Dr. Nur Kamaliah Mustaffa berkata, program Pemerkasaan Komuniti Luar Bandar (Reach) itu merupakan anjuran Kolej Kejuruteraan UiTM dengan kerjasama Yayasan Telekom Malaysia (TM).

“Kursus Asas Keusahawanan Shoppee tersebut melibatkan 30 peserta dalam kalangan penduduk Kampung Pulau Manis.

“Mereka didedahkan secara terperinci tentang aspek asas mewujudkan akaun Shoppee sekaligus menjalankan perniagaan online,” katanya pada penutup program Reach di sini hari ini.

Kamaliah berkata, kursus tersebut juga mendedahkan masyarakat luar bandar tersebut tentang konsep dan strategi berkesan menguruskan perniagaan atas talian.

Tambah beliau, ia bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai penduduk luar bandar melibatkan diri secara aktif dalam ekonomi digital.

“Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan peserta terhadap perniagaan atas talian.

“Kami harap mereka dapat meningkatkan perniagaan kecil mereka sejajar sebagai cabaran ekonomi semasa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment