Translate

Thursday, January 4, 2024

Mangsa banjir Terengganu melonjak 2,111 orang

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir gelombang ketiga yang melanda Terengganu sejak semalam melonjak kepada 2,111 orang daripada 612 keluarga.

Kemaman dan Besut menjadi daerah terbaharu terjejas selepas Dungun, Hulu Terengganu, Setiu dan Marang.

Setakat ini, 45 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di enam daerah berkenaan.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Dungun kekal paling terjejas dengan 1,149 mangsa daripada 299 keluarga berada di 21 PPS.

“Seramai 393 mangsa daripada 148 keluarga pula berada di 10 PPS di Hulu Terengganu.

“Sebanyak empat PPS yang mempunyai 349 mangsa daripasa 110 keluarga telah dibuka di Kemaman,” katanya di sini semalam.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Setiu mempunyai 189 mangsa daripada 48 keluarga yang kini berlindung di lapan PPS.

Tambah beliau, seramai 19 mangsa daripada empat keluarga berada di PPS Surau Perumahan Baru Bukit Cina, Besut.

“PPS Dewan Sivik Wakaf Tapai, Marang pula masih mempunyai 12 mangsa daripada tiga keluarga,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment