Translate

Thursday, January 25, 2024

Lembu lintas jalan ancam pemandu

DUNGUN – Orang ramai menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan kepada segelintir penternak kerana membiarkan lembu-lembu mereka berkeliaran hingga membahayakan pengguna Jalan Tok Kah-Lintang di sini. 

Lembu-lembu itu didakwa telah mengganggu kelancaran lalu lintas kerana sering melintas tidak mengira masa. 

Muhammad Aiman Md. Salleh, 28, berkata, kemunculan lembu yang tiba-tiba melintas jalan raya amat membahayakan keselamatan. 

“Pengguna perlu berhati-hati dan sentiasa waspada apabila melalui jalan berkenaan kerana lembu gemar melintas bila-bila masa. 

“Bukan sahaja kena kerap menghentikan kenderaan, malah banyak kali juga hampir berlaku kemalangan kerana terpaksa mengelak daripada merempuh lembu-lembu terbabit,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Muhammad Aiman bimbang sekiranya terus dibiarkan, ia akan menyebabkan kehilangan nyawa akibat kemalangan disebabkan haiwan ternakan itu. 

 Ghazali Abd. Muin, 35, pula percaya lembu-lembu yang kerap melintas jalan berkenaan milik penternak tempatan. 

Katanya, sikap lepas tangan penternak-penternak membebaskan lembu-lembu peliharaan mereka tanpa kawalan amat mengecewakan. 

“Pihak berkuasa tempatan digesa lebih tegas menangani masalah ini. 

Operasi lebih kerap dapat mendisiplinkan penternak,” katanya.

No comments:

Post a Comment