Translate

Wednesday, January 10, 2024

Mahkamah: Buruh noda budak lelaki kekal dipenjara 14 tahun

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 14 tahun terhadap seorang buruh atas dua kesalahan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap seorang budak lelaki berusia 12 tahun pada empat tahun lalu.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani memutuskan demikian selepas menolak rayuan dikemukakan tertuduh, Mohd. Syafiq Farhan Saibi, 26 yang diwakili peguam, Muhammad Abdul Rahman Ab. Razak.

Beliau juga memerintahkan tertuduh menjalani hukuman sebanyak dua sebatan atas kesalahan mengikut Seksyen 377B Akta Keseksaan berkenaan.

Begitupun, Hassan menerima rayuan lain Mohd. Syafiq Farhan untuk mengetepikan dua lagi pertuduhan terhadap mangsa sama mengikut Seksyen 377C akta sama.

Tertuduh yang sebelum ini dihukum penjara 20 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 15 Mac tahun lalu dilepas dan dibebaskan daripada dua pertuduhan berkenaan.

Sebelum ini, Hakim Nooriah Osman turut menjatuhkan hukuman penjara tujuh dan dua sebatan secara berasingan bagi dua pertuduhan mengikut Seksyen 377B Akta Keseksaan.

Bagi dua pertuduhan di bawah Seksyen 377C akta sama pula, Mohd. Syafiq Farhan dihukum penjara 10 tahun dan dua sebatan secara berasingan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap kanak-kanak lelaki itu yang ketika kejadian berusia 12 tahun.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Wakaf Tapai, Marang pada 5.15 petang, 20 Januari 2020 dan pukul 3 petang, 1 Februari 2020. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment