Translate

Friday, January 26, 2024

UMT temui spesies baharu ikan seriding

KUALA NERUS – Sekumpulan penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berjaya menemui spesies baharu ikan seriding atau nama saintifiknya, ambassis baru-baru ini. 

Ketua projek penyelidikan tersebut, Prof. Dr. Siti Azizah Mohd. Nor berkata, setakat ini, spesies baharu ikan yang dinamakan ambassis octava itu dikesan terdapat di pesisir pantai Johor, Perak dan Pulau Pinang.

 Beliau berkata, ambassis octava yang ditemui oleh penyelidik UMT dan Universiti Sains Malaysia (USM) itu merupakan spesies kelapan ikan seriding yang pernah ditemui. 

“Spesies terdahulu iaitu ketujuh ikan ambassis dikenali sebagai ambassis kopsii yang berjaya ditemui saintis dikesan di Singapura pada 1858. 

“Kejayaan mengenal pasti spesies kelapan setelah 165 tahun ambassis kopsii dijumpai merupakan penemuan yang bersejarah,” katanya. 

Siti Azizah berkata, antara ciri ikan ambassis ialah ia memiliki duri dan gerigi di kepala yang tajam.

 Tambah beliau, spesies ikan terbabit suka hidup di dalam kawasan pantai yang mempunyai ekosistem bakau. 

“Artikel berkenaan penemuan ambassis octava diterbitkan di dalam Icythyological Research yang merupakan jurnal saintifik antarabangsa berprestij disunting Persatuan Iktiologi Jepun,” katanya.

No comments:

Post a Comment