Translate

Thursday, January 4, 2024

Mangsa banjir Terengganu melonjak 2,903 orang

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir gelombang ketiga di Terengganu terus melonjak kepada 2,903 orang daripada 830 keluarga.

Mereka kini ditempatkan di 54 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah di negeri ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Dungun kekal paling terjejas dengan 1,220 mangsa daripada 319 keluarga berada di 20 PPS.

“Seramai 768 mangsa daripada 257 keluarga pula berada di 13 PPS di Hulu Terengganu.

“Sebanyak enam PPS yang mempunyai 361 mangsa daripada 113 keluarga dibuka di Kemaman,” katanya di sini semalam.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Setiu mempunyai 302 mangsa daripada 85 keluarga yang berada di lapan PPS.

Tambah beliau, seramai 240 mangsa daripada 53 keluarga pula berada enam PPS di Besut.

“PPS Dewan Sivik Wakaf Tapai, Marang kekal mempunyai 12 mangsa daripada tiga keluarga,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment