Translate

Wednesday, January 24, 2024

Bersatu bertanding lima kerusia DUN Terengganu

 KUALA TERENGGANU – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijangka bertanding sekurang-kurangnya lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) berlangsung 12 Ogos depan. 

Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata, lima DUN tersebut ialah Kijal, Langkap, Kuala Besut, Permaisuri dan Telemong. 

“Begitupun, kami berharap diberikan sekurang-kurangnya dua lagi kerusi DUN.

 “Sebenarnya, Bersatu Terengganu memohon untuk bertanding di 10 kerusi yang dimenangi Barisan Nasional (BN) (pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu), tetapi Pas hanya memberi lima (kerusi),” katanya di sini semalam. 

Begitupun Rosol berkata, sekiranya tetap diberi lima kerusi, Bersatu akan akur dan berlapang dada.

 Tambah Ahli Parlimen Hulu Terengganu tersebut, semua calon Bersatu juga akan menggunakan logo Pas pada PRN Terengganu nanti. 

Dalam perkembangan sama, Rosol mengesahkan beliau tidak akan bertanding dalam PRN pada kali ini.

Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan itu berkata, beliau mahu memberi laluan kepada calon muda yang berkelayakan. 

“Memang kepimpinan PN (Perikatan Nasional) minta saya bertanding DUN pada PRN kali ini, tetapi saya tidak mahu tamak dan mahu memberi laluan calon lain. 

“Apapun, saya tetap akan turun padang membantu jentera parti bagi memastikan kemenangan PN pada PRN nanti,” katanya.

No comments:

Post a Comment