Translate

Sunday, January 21, 2024

93 kawasan riadah air berisiko lemas dipantau

MARANG – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah meningkatkan pemantauan di 93 lokasi berisiko lemas di seluruh negara berikutan insiden kepala air yang melibatkan 10 mangsa pada minggu lalu. 

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, lokasi pantauan JBPM itu bukan sahaja di kawasan air terjun, malah turut merangkumi sungai dan pantai.

 “Antara lokasi berisiko di Terengganu ialah Lata Cangkah dan Lata Payung, Setiu, Air Terjun Belukar Bukit dan Sekayu, Hulu Terengganu dan Lata Tembakau, Besut.

 “Jeram Mawar, Kemaman; Pantai Teluk Bidara, Dungun; muara Sungai Mangkuk, Setiu dan Pantai Pandak, Kuala Terengganu juga berisiko,” katanya ketika ditemui di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur di sini semalam. T

erdahulu, beliau merasmikan majlis Tamat Latihan Kursus Sijil Sains Kebombaan Siri 1/2023. 

Akmal Nasrullah berkata, anggota JBPM akan melakukan rondaan berkala selain menempatkan alat bantu seperti pelampung di lokasi berisiko sebagai inisiatif mengurangkan kematian akibat lemas.

 Tambah beliau, JBPM juga akan menggiatkan lagi kempen keselamatan di air kerana tanpa kerjasama erat masyarakat, kes kematian akibat lemas di kawasan riadah sukar untuk ditangani. 

“Papan tanda amaran telah dipasang di sebahagian lokasi air terjun, pantai dan sungai yang berisiko dengan kerjasama kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT). 

“Saya menyeru orang ramai agar sentiasa berwaspada dan memantau anak-anak kecil mereka sewaktu melakukan aktiviti riadah air,” katanya.

No comments:

Post a Comment