Translate

Saturday, January 27, 2024

Pelajar universiti sudah cuti semester pada hari pengundian PRN

HULU TERENGGANU – Pelajar universiti tempatan dijangka tiada masalah untuk menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) memandangkan kebanyakan mereka telah selesai peperiksaan akhir semester pada hari pengundian, 12 Ogos. 

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, majoriti pelajar terbabit dijangka sudah pulang ke kampung masing-masing pada tarikh tersebut. 

“Sekarang pelajar (universiti) sedang menjalani peperiksaan (akhir semester). Kebanyakan universiti sudah habis peperiksaan pada hari mengundi. 

“Memang (hari itu) tengah cuti dan pelajar sudah berada di kampung,” katanya selepas melancarkan Jentera Barisan Nasional (BN) Parlimen Hulu Terengganu di sini kelmarin. 

Katanya, semakan kementerian mendapati, hanya dua universiti yang masih berada dalam tempoh peperiksaan akhir semester pada hari pengundian.

 Begitupun jelas beliau, ia tidak begitu memberi kesan kepada golongan tersebut kerana mereka tidak perlu menduduki peperiksaan atau menghadiri kelas pada hari tersebut iaitu Sabtu.

 “Sebelum ini, ramai pelajar universiti sendiri memberi pandangan peperiksaan (akhir semester) wajar diteruskan (mengikut jadual) kerana PRN hanya melibatkan enam negeri. 

“Mereka juga berpandangan tiada keperluan diberikan cuti untuk pulang mengundi pada PRN nanti,” katanya.

No comments:

Post a Comment