Translate

Sunday, January 7, 2024

Mangsa banjir Terengganu tinggal 561 orang

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Banjir gelombang kedua yang melanda Terengganu sejak Khamis lalu semakin pulih hari ini dengan hanya 561 mangsa daripada 120 keluarga masih berada di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri ini.

Tiga daerah masih terjejas iaitu Dungun, Marang dan Setiu manakala Hulu Terengganu dan Besut telah pulih sepenuhnya hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Dungun masih mempunyai 443 mangsa daripada 112 keluarga yang berada di lima PPS.

“Seramai 116 mangsa daripada tujuh keluarga pula masih berlindung di dua PPS di Marang.

“Satu-satunya PPS yang masih aktif di Setiu iaitu Surau Kampung Nyatoh pula masih mempunyai dua sekeluarga,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, walaupun banjir di negeri ini menunjukkan trend penurunan, langkah berjaga-jaga tetap diambil.

Jelas beliau, ia disebabkan hujan masih belum reda di beberapa kawasan di negeri ini. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment