Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, keputusan ujian makmal terhadap sampel makanan dan peralatan peremis terbabit mengesahkan pelanggaran tersebut.
“Keputusan makmal menunjukkan wujud pelanggaran di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
“Tindakan perundangan sedang diambil ke atas peniaga terlibat,” katanya di sini hari ini.
Kosmo! 24 Disember lalu melaporkan seorang wanita, Khatijah Mohamed meninggal dunia akibat keracunan makanan disyaki selepas menikmati makanan basi di medan selera kawasan R&R Perasing.
Wanita yang berasal dari Johor Bahru itu mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah selepas memakan makanan yang dipercayai telah basi.
Dia meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada 19 Disember lalu.
Kasemani menegaskan, tindakan perundangan termasuk pendakwaan ke mahkamah boleh diambil terhadap pengendali makanan yang cuai sehingga menyebabkan sajian dijual tercemar. – KOSMO! ONLINE
No comments:
Post a Comment