Translate

Monday, January 22, 2024

Didenda RM7,000 selepas hantar video lucah bekas kekasih

 

SETIU – Seorang pembantu kedai makan menerima padah apabila didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam, kerana menyebarkan video lucah bekas teman wanitanya gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang mahu berkahwin dengan lelaki lain. 

Hakim Ahmad Fadli Mahmud menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Iqyyum Basri, 25, dari Taman Desa Melor, Senawang, Negeri Sembilan yang membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan. 

Berdasarkan pertuduhan, Muhammad Iqyyum didakwa menghantar video lucah menerusi aplikasi WhatsApp bagi tujuan menyakitkan hati mangsa yang berumur 25 tahun. 

Video dihantar tertuduh tersebut dilihat di sebuah rumah di Guntong di sini pada pada pukul 8.24 malam, 8 Mac 2022. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan

No comments:

Post a Comment