Translate

Monday, January 15, 2024

Kelab amatur Terengganu bergaduh: 3 pemain, pegawai ditahan polis

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Tiga pegawai dan pemain bola ditahan bagi membantu siasatan kes pergaduhan melibatkan dua kelab amatur Terengganu yang di Komples Sukan Terengganu, Kuala Nerus kelmarin.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, tiga lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an hingga 40-an terbabit ditahan kelmarin bagi membantu siasatan.

“Setakat ini, tiga lelaki telah ditahan bagi membantu siasat dan saya percaya akan ada lagi tangkapan berhubung kes sama pada masa terdekat.

“Mereka sedang disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya selepas menyerahkan kenderaan lucut hak kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan aksi dua kelab amatur dalam Liga Bolasepak Terengganu (TFL) dicemari aksi pergaduhan sehingga seorang pegawai NAG FC, Ronny Irwan Husni, 46, tercedera pada bahagian kepala.

Dalam insiden pada pukul 4.15 petang tersebut, mangsa cedera pada bahagian kepala, muka, mata dan beberapa anggota badan lain sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini untuk menerima rawatan.

Video pergaduhan dua kelab amatur tersebut yang berdurasi 43 saat tersebut telah tular di media sosial. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment