Translate

Thursday, September 10, 2020

"Saya akan akur dengan KKM"

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali yang didakwa tidak mematuhi peraturan kuarantin 14 hari selepas pulang dari luar negara menyerahkan isu itu kepada Kementerian Kesihatan (KKM).

Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, beliau juga akan akur dengan apa juga ketetapan dan keputusan kementerian tersebut kelak.

"Tunggu kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan KKM. Saya akan akur dengan apa sahaja kenyataan dikeluarkan (KKM)," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Terdahulu beliau menerima pangkat Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kehormat daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof.

Sebelum ini tular dakwaan Khairuddin tidak mematuhi perintah kuarantin selepas pulang dari lawatan tidak rasmi di Turki pada 3 Julai hingga 7 Julai lalu sebaliknya menghadiri persidangan Dewan Rakyat pada 13 Julai lalu.

Ujian Covid-19 yang dilakukan beliau sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebaik balik dari lawatan rasmi itu pula disahkan negatif.

Dalam pada itu, Khairuddin percaya penutupan Masjid Seberang Bukit Tumbuh dan Surau Al-Mustaqim, Kampung Bukit Tumbuh, Kuala Nerus tidak mempunyai kaitan dengan beliau.

"Sebaiknya kita tunggu kenyataan KKM," katanya.

No comments:

Post a Comment