Translate

Tuesday, September 8, 2020

Rancakkan semula perkhidmatan beca Kuala Terengganu

 

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu akan mengambil langkah bagi merancakkan semula aktiviti pengayuh beca tradisional di bandar raya ini.

Pengerusi Jawatan kuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, pihaknya sedar perkhidmatan beca tradisional di bandar raya ini semakin suram tidak seiring dengan kehadiran pelancong yang sangat tinggi pada masa ini.

Beliau berkata, pengayuh beca di bandar raya ini yang masih aktif juga dianggarkan tidak sampai 20 orang dengan kesemuanya sudah berusia 60 tahun ke atas.

“Beca tradisional di Terengganu sangat unik dan sepatutnya menjadi tarikan pelancongan yang utama.

“Langkah perlu diambil untuk merancakkan kembali aktiviti berbeca dan menarik golongan muda menyertainya. Jika tidak, kita bimbang ia akan pupus tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui selepas sumbangan pakaian seragam kepada pengayuh beca berkenaan di Pasar Kedai Payang di sini hari ini.

Ariffin berkata, antara langkah yang akan diambil ialah menyediakan laluan khas bagi pengayuh beca berkenaan untuk menarik lebih ramai pelanggan dalam kalangan pelancong.

Jelas beliau, antara lokasi yang dicadangkan ialah mengelilingi Taman Tamadun Islam dan pakej untuk ke hotel-hotel yang terletak berhampiran dengan Pasar Kedai Payang di sini. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment