MARANG – Angkatan Perta hanan Awam Malaysia (APM) selaku Sekretariat Penguru san Bencana Terengganu akan memberi tumpuan terhadap 460 lokasi berisiko banjir di ne geri itu sewaktu tempoh Mon sun Timur Laut (MTL) yang dira mal bermula bulan depan.
Pengarah APM Terengganu, Mohd. Zul Khairi Shamsuddin berkata, kebanyakan lokasi berisiko banjir yang telah dike nal pasti itu terletak di kawasan pedalaman, pesisir pantai dan muara sungai seluruh negeri ini.
“Kesemua lokasi tersebut pernah ditenggelami banjir pada musim tengkujuh dalam tempoh tiga tahun kebelaka ngan ini.
“Pemantauan berkala dilaku kan di kawasan-kawasan terse but bergantung kepada keadaan cuaca dan akan dipertingkatkan menjelang ketibaan MTL pada bulan depan,” katanya ketika mengetuai Latihan Pengen dalian Bot bagi menghadapi musim tengkujuh di Pulau Kapas, dekat sini semalam.
Sehubungan itu, katanya, APM telah meningkatkan ke siapsiagaan bagi menghadapi banjir ketika tengkujuh dan mesyuarat koordinasi banjir melibatkan semua agensi terli bat di Terengganu telah diada kan pada Ahad lalu.
“Semua 900 anggota APM negeri telah bersiap sedia un tuk digerakkan bagi operasi penyelamatan banjir mengikut keperluan.
“Sebahagian 126 aset daratan dan air seperti lori, kenderaan pikap dan bot laju telah dise lenggara dan dipastikan dalam keadaan baik untuk digunakan ketika musim banjir,” katanya.

No comments:
Post a Comment