Translate

Monday, September 14, 2020

Wanita rugi RM5,000 ditipu penjual kereta

 KUALA TERENGGANU - Malang menimpa seorang wanita apabila bukan sahaja haja untuk memiliki kereta Proton Gen 2 terpakai tidak kesampaian malah kerugian RM5,000 pula akibat ditipu peniaga kereta online

Sumber memberitahu, kejadian bermula apabila mangsa berusia 21 tahun yang menetap di Kampung Gong Pasir, Dungun tertarik untuk membeli kereta berkenaan pada harga RM5,000 selepas melihat iklan di sebuah laman web pada awal bulan Mac lalu.

Katanya, mangsa kemudian menghubungi seorang lelaki yang mengaku bertanggungjawab menguruskan urus niaga berkenaan.

"Suspek mengarahkan mangsa membayar deposit RM1,300 sebelum melunaskan baki pembayaraan ke dalam akaun bank suspek pada 16 Mac lalu selepas geran kereta berkenaan.

"Bagaimanapun, suspek tidak membawa kereta itu dengan alasan sedang dibaiki di sebuah bengkel dan memberitahu akan siap keesokan harinya," katanya kepada Kosmo!

Tambahnya, suspek gagal untuk menyerahkan kereta itu pada keesokan harinya dengan alasan masih belum siap dibaiki sebelum dia gagal dihubungi.

Menurut sumber itu, suspek hanya dapat dihubungi semula selepas tiga bulan kemudian dan dmemberitahu kereta berkenaan masih gagal dibaiki.

"Suspek kemudiannya berjanji untuk memulangkan semula wang pembayaran seperti diminta wanita tersebut nmaun sehingga sekarang dia tidak dapat dihubungi. Mangsa kemudian membuat laporan di sebuah balai polis berhampiran pada Rabu lalu," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superintendan M. Zambri Mahmud yang mengesahkan kes tersebut yang sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


No comments:

Post a Comment