Translate

Saturday, September 12, 2020

Kedai runcit jual barang kawalan tanpa lesen diserbu

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KEMAMAN – Pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menyerbu sebuah kedai runcit yang disyaki menjual barang kawalan berjadual tanpa lesen di Kijal di sini semalam.

Dalam serbuan pada pukul 11 pagi itu, berjaya merampas barang kawalan berjadual berkenaan iaitu gula, tepung gandum dan tong gas petroleum cecair (LPG) yang dianggarkan bernilai keseluruhan RM 12,784.60.

Ketua Cawangan KPDNHEP Kemaman, Hasim Mohamed berkata, pengusaha kedai runcit itu yang berusia 61 tahun gagal mengemukakan lesen sah menjual barangan kawalan berjadual berkenaan.

“Sebanyak 1,488 kilogram (kg) gula, minyak masak (1,608 kg), tepung gandum (292.8 kg) dan 29 tong gas. LPG telah dirampas dalam serbuan itu.

“Siasatan awal mendapati barang kawalan berjadual itu dijual tanpa lesen kepada penduduk setempat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hasim berkata, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – K! ONLINE


No comments:

Post a Comment