Translate

Tuesday, September 15, 2020

62 premis makanan Besut, Setiu kotor dikompaun

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

BESUT – Tiga premis makanan di daerah ini dan Setiu yang beroperasi dalam keadaan kotor diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Terengganu semalam.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr. Azimi Yunos berkata, kesemua premis makanan berkenaan dikenakan tindakan menutup operasi sehingga 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana gagal mencapai tahap minimum piawaian kebersihan ditetapkan.

Beliau berkata, seramai 64 anggota penguat kuasa pelbagai agensi telah memeriksa 54 premis makanan meliputi 34 restoran dan 20 gerai yang terdapat di kedua-dua daerah berkenaan.

“Sebanyak 62 notis kompaun bernilai keseluruhan RM 16,350 turut dikeluarkan pada operasi bersepadu yang dijalankan di premis-premis makanan di kedua-dua daerah itu.

“Antara kesalahan yang dikenakan notis kompaun itu ialah membabitkan pakaian pengendali makanan, tiada suntikan pelalian anti-tifoid dan memakai perhiasan diri sewaktu bekerja,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azimi berkata, selain itu notis kompaun juga dikeluarkan terhadap mereka yang tidak menjalani latihan pengendali makanan dan gagal memastikan premis bersih.

Menurut beliau, notis kompaun dikeluarkan mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment