Translate

Tuesday, September 15, 2020

36 kerbau Syukur mati dipercayai akibat hawar berdarah

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 36 ekor kerbau peliharaan ayah Muhammad Syukur Khamis, 15, yang dikenali sebagai ‘Mowgli Malaysia’ mati sejak Rabu lalu dipercayai disebabkan penyakit hawar berdarah di Kampung Kubang Bujuk di sini.

Menurut bapanya, Khamis Jusoh, 64, kerugian yang dialaminya akibat kematian mengejut kerbau-kerbau itu dianggarkan RM200,000.

“Mula-mula empat ekor daripada lebih 100 ekor kerbau peliharaan saya mati pada Rabu lalu diikuti yang lain termasuk 11 ekor hari ini.

“Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu mengesyaki kerbau-kerbau saya dijangkiti hawar berdarah berdasarkan simptom-simptom yang terdapat pada haiwan itu,” katanya ketika ditemui di kandang kerbau di sini hari ini. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment