Translate

Saturday, September 12, 2020

Manfaatkan tanah terbiar jadi projek tani

 

\Oleh MOHD. AZLI ADLAN

SETIU - Kerajaan negeri Terengganu berhasrat untuk memanfaatkan tanah-tanah terbiar di negeri ini untuk diusahakan dengan projek pertanian secara komersial.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu, Hilmi Harun berkata, setakat ini kerajaan negeri telah mengenalpasti kira-kira 8,000 hektar tanah terbiar di seluruh negeri ini.

"Jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk mengenalpasti tanah-tanah berkenaan yang antaranya lainnya terbiar kerana pemiliknya sudah lama meninggal dunia dan tidak dituntut.

"Status tanah-tanah terbiar itu sedang diperiksa dan jika boleh (dari segi undang-undang) akan diguna pakai  untuk aktiviti pertanian seperti penanaman tembikai dan labu," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Terdahulu beliau ditemui selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian Jual Beli Ladang Kontrak  antara 59 pengusaha tembikai dan labu dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu di Gong Tengah, Kampung Beris Tokku dekat sini semalam.

Hadir sama Pengarah FAMA Terengganu, Fauzi Mohamed dan Pegawai FAMA Setiu, Abd. Ghani Zainal.

Selain itu, Hilmi berkata, sebanyak 856 metrik tan tembikai dan 46 metrik tan labu yang diusahakan peladang Gong Tengah akan dipasarkan FAMA Terengganu melibatkan urus niaga bernilai RM717,000.

Beliau berkata, kedua-dua tananam berkenaan yang diusahakan di tanah seluas 51.6 hektar terbabit dijangka dapat mula dituai dalam tempoh tiga minggu lagi.

"Begitu pun, pengeluaran tembikai dan labu di seluruh negeri ini masih belum memenuhi walaupun permintaan setempat hingga terpaksa diimport dari negeri lain dan luar negara," katanya.


No comments:

Post a Comment