Oleh MOHD. AZLI ADLAN
DUNGUN - Seramai 1,000 penduduk Kampung Pinang Merah, Paka dekat sini dalam ketakutan kerana sering diganggu sekumpulan beruang matahari sejak sebulan lalu.
Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Pinang Merah, Che Wan Mustaffa Che Wan Kamal berkata, beruang matahari terbabit telah memusnahkan banyak sarang kelulut dan pokok kelapa yang diusahakan penduduk kampung.
"Kemusnahan sarang kelulut dan pokok kelapa yang dipercayai dilakukan lebih daripada seekor beruang matahari itu semakin menjadi-jadi sejak seminggu lalu menyebabkan penduduk mengalami kerugian lebih RM10,000.
"Tambah membimbangkan penduduk mendakwa pernah terserempak dengan haiwan liar itu berkeliaran di sekitar kawasan kampung walaupun waktu siang," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Seorang penduduk, Zaleha Abu Bakar, 55, berkata, setakat ini, lima sarang kelulut miliknya yang terletak di halaman rumahnya telah dimusnahkan beruang matahari berkenaan.
"Kejadian terbaharu berlaku pada malam tadi (semalam). Biasanya kumpulan haiwan liar ini akan datang antara pukul 10.30 malam hingga 1 pagi.
"Beruang matahari itu akan mengambil madu kelulut yang menunggu masa untuk dituai di dalam sarang berkenaan," katanya.
No comments:
Post a Comment