Translate

Sunday, September 13, 2020

APMM pertahan tindakan anggota lepas tembakan

KUALA TERENGGANU - Maritim Malaysia (APMM) mempertahankan tindakan anggota penguat kuasaannya melepas tembakan terhadap nelayan asing dalam dua insiden berasingan pada bulan ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Mohd. Zubil Mat Som berkata, penggunaan senjata api dalam dua insiden tersebut termasuk yang menyebabkan kematian nelayan Vietnam pada 16 Ogos lalu mengikut prosedur operasi standard (SOP).

"Kes di perairan Kelantan itu masih dalam siasatan polis tetapi saya menegaskan tatacara penggunaan senjata api telah dipatuhi sebelum tembakan dilepaskan.

"Ia merupakan langkah terakhir yang terpaksa diambil bagi mengatasi ancaman terhadap anggota (APMM) dan kerosakan harta benda kerajaan," katanya ketika ditemui sewaktu perasmian Pameran APMM di Galeri Jambatan Angkat Kuala Terengganu di sini kelmarin.

Turut hadir Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim.  

Mohd. Zubil mengulas insiden melepaskan tembakan di perairan Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan pada 16 Ogos lalu dan di Tanjung Kelesa, Bandar Penawar, Johor pada 23 Ogos lalu.



No comments:

Post a Comment