Translate

Monday, September 14, 2020

Kampung Budaya tarikan pelancongan terbaharu Terengganu

 

KUALA TERENGGANU - Kampung Budaya Terengganu terletak di Losong di sini yang beroperasi mulai semalam bakal menjadi tarikan pelancongan terbaharu di negeri ini.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Kampung Budaya Terengganu tersebut berkonsepkan muzium hidup yang menonjolkan kesemua kesenian, budaya dan warisan tradisional terdapat di lapan daerah di Terengganu.

"Pengunjung akan disajikan dengan aktiviti kesenian dan warisan di semua daerah di Terengganu dalam satu tempat.

"Pakej berkonsep pelancongan warisan ini menyediakan tujuh segmen termasuk seni bina lima rumah tradisional Melayu Terengganu iaitu Istana Tengku Long, Rumah Tele, Rumah Limas Belanda, Rumah Bujang Berkembar dan Rumah Bujang berserambi Selasar," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikanmerasmikan Kampung Budaya Terengganu semalam.

Katanya, antara tarikan yang terdapat di Kampung Budaya Terengganu tersebut ialah demonstrasi pembuatan perahu, jala, keropok, ikan kering, seni khat, bubur Asyura, keris, lembing, wau, gasing, batik dan songket.

Pengunjung berpeluang menyaksikan persembahan silat, gamelan, berzanji dan menikmati makanan dan kuih tradisional Terengganu.

Sempena pembukaan kampung budaya itu, kemasukan adalah percuma sehingga 6 September ini bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.


No comments:

Post a Comment