Translate

Tuesday, May 2, 2017

UniSZA bakal sertai program Laluan Sutera Dua di Kazakhstan

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA NERUS - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bakal terlibat dalam program Laluan Sutera Dua yang merupakan kerjasama penyelidikan beberapa institusi pengajian tinggi Asia dan Eropah untuk meneroka peluang yang terdapat di rangkaian laluan perdagangan terkenal tersebut.
Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif berkata, pelawaan tersebut diterima sewaktu pihaknya menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Al-Farabi Kazakh National University yang merupakan universiti terbesar di Kazakhstan baru-baru ini.
"Program Laluan Sutera Dua merupakan inisiatif Al-Farabi Kazakh National University dan saya difahamkan ia disertai lebih 10 intitusi pengajian tinggi ternama dari Rusia, China, Asia Tengah dan Eropah.
"UniSZA tidak akan melepaskan kesempatan ini untuk memperluaskan lagi kerjasama akademik dan pertukaran pelajar di rantau tersebut (Asia Tengah) selaras dengan visi kami unuk menjadi antara universiti pilihan dunia menjelang tahun 2025," katanya selepas menyampaikan Syarahan Tahunan Naib Canselor UniSZA di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment