Translate

Thursday, May 4, 2017

Petronas lancar program Rig To Reef untuk bantu nelayan

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

MARANG - Syarikat minyak negara, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menjalin kerjasama dengan Jabatan Perikanan untuk membekalkan struktur pelantar minyak terpakai yang telah dinyahtauliah bagi dijadikan tukun tiruan di seluruh perairan tanah air termasuk Sabah dan Sarawak dalam tempoh 10 tahun.
Naib Presiden (Pengurusan Petroleum) Petronas, Muhammad Zamri Jusoh berkata, program tukun tiruan, Rig To Reef tersebut bukan sahaja usaha konservasi hidupan marin malah menambah populasi ikan sekali gus meningkatkan pendapatan golongan nelayan tradisional tempatan.
"Setakat ini, Petronas mempunyai 350 pelantar minyak dan gas di seluruh perairan Malaysia. Kita menjangkakan dalam tempoh lima tahun akan ada beberapa struktur tersebut yang akan dinyahtauliah.
"Setiap struktur pelantar minyak yang dinyahtauliah itu akan dileraikan dan akan diserahkan kepad Jabatan Perikanan untuk dijadikan tukun tiruan," katanya selepas menandatangani memorandum persefahaman berhubung kerjasama itu dengan Pengarah Perikanan, Datuk Ismail Abu Hassan di Marang Waterfront di sini hari ini.
Beliau turut menyaksikan majlis pelepasan sebuah tukun tiruan yang diperbuat daripada struktur pelantar minyak tersebut oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di perairan Pulau Kapas dekat sini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment