Oleh MOHD. AZLI ADLAN
MARANG - Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) menyasar 80 peratus daripada 6,985 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 1 Siri 14/2017 bakal menyambung latihan ke fasa dua bermula pertengahan bulan ini yang menawarkan latihan teknikal dan vokasional (TVET).
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Mohmed Asri Yusof berkata, kesemua pelatih tersebut kini sedang menjalani latihan fasa satu yang menekankan modul asas kenegaraan di 27 kem PLKN di seluruh negara sejak 18 Mac lalu.
"Pada latihan Fasa Satu, pelatih-pelatih terbabit telah didedahkan dengan modul MyFuture bagi mengenalpasati minat dan kecenderungan masing-masing.
"Mereka yang telah diberi pendedahan berkenaan prospek bidang kemahiran terbabit akan ditawarkan untuk memasuki salah satu daripada lebih 400 institut latihan kemahiran (ILK) awam dan swasta di seluruh negara sekiranya meneruskan latihan ke fasa dua," katanya.
Beliau berkata demikian selepas beramah-mesra dan mengadakan sesi dialog Transformasi Nasional 50 (TN50) bersama 218 pelatih Kumpulan 1 PLKN Siri 14/2017 di Kem PLKN Padang Kacong di sini hari ini. - K! ONLINE
No comments:
Post a Comment