Kesemua tekong dan awak-awak nelayan asing berusia dalam lingkungan 26 dan 57 tahun itu berjaya ditahan selepas hampir sejam dikejar kapal peronda APMM pada pukul 10.30 pagi.
Pengarah Maritim Pangkalan Kemaman, Mohd. Marmizi Mohd. Nor berkata, kapal peronda APMM yang sedang melakukan rondaan rutin telah terserempak bot dinaiki nelayan Vietnam tersebut pada kedudukan 13 batu nautika dari Tanjung Labohan, Kertih dekat sini.
“Sewaktu ditemui, kesemua nelayan asing berkenaan sedang asyik menangkap gamat di perairan itu. Mereka tidak memberi kerjasama kepada pasukan penguat kuasa APMM sebaliknya bertindak melarikan diri dengan memecut laju bot, namun berjaya dipintas kira-kira sejam kemudian," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Mohd. Marmizi berkata, pemeriksaan di dalam bot berkenaan telah menjumpai 50kg gamat hidup dan peralatan untuk menangkap hidupan laut tersebut.
Menurut beliau, tiada ikan dan peralatan menangkap dijumpai di dalam bot itu sekali gus menunjukkan nelayan Vietnam terbabit sememangnya berniat untuk mengambil gamat secara haram di perairan negara ini.
“Permit untuk mengeluarkan gamat tidak dikeluarkan untuk perairan Pantai Timur. Kesemua bot, hasil dan peralatan gamat yang dianggarkan bernilai keseluruhan RM200,000 telah dirampas,” katanya.
No comments:
Post a Comment