Translate

Wednesday, May 3, 2017

Pengedar pil Yaba ditangkap di stesen minyak


BESUT - Seorang lelaki disyaki pengedar dadah berjaya diberkas dalam serbuan di sebuah stesen minyak di Kampung Anak Ikan, Jertih dekat sini kelmarin.
Dalam serbuan pada pukul 12 tengah hari itu, suspek yang berusia 21 tahun ditahan bersama 300 biji pil Yaba berwarna kemerahan dipercayai dadah jenis methamphetamine selain memiliki motosikal curi.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, sewaktu serbuan oleh sepasukan polis dari Balai Polis Jerteh itu, lelaki yang berasal dari Felda Selasih di sini tersebut sedang duduk dalam keadaan mencurigakan di atas sebuah motosikal Yamaha 125Z di kawasan stesen minyak berkenaan.
"Pemeriksaan menjumpai tiga plastik masing-masing mengandungi 100 biji pil merah disyaki dadah yang tersimpan di dalam sebuah beg berwarna hitam.
"Sejumlah wang tunai bernilai keseluruhan RM1,100 yang disyaki merupakan hasil penjualan dadah juga berjaya dirampas," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment