Translate

Wednesday, May 3, 2017

Polis Terengganu sasar sifar rempit pada hujung 2017

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu menyasarkan untuk menghapuskan terus gejala pelesit rempit di negeri ini menjelang akhir tahun ini.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata, budaya pelesit rempit dalam kalangan generasi muda yang pernah menjadi masalah sosial utama negeri ini telah berjaya dikurangkan sehingga 95 peratus dalam tempoh setahun sejak operasi khas membanterasnya dilancarkan pada hujung tahun 2015.
"Gejala merempit di negeri ini kini hanya tinggal lima peratus dan ia merupakan antara legasi terbaik yang saya warisi daripada Ketua Polis Terengganu terdahulu (Datuk Rosli Abd. Rahman).
"Misi menangani masalah tersebut berjaya menerusi pelbagai operasi dan program pendidikan serta pencegahan secara berterusan yang turut melibatkan penduduk setempat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan majlis serah tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu di Ibu Pejabat Polis Kontijen Terengganu di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment