KUALA TERENGGANU – Budaya membaca dalam kalangan mahasiswa masih berada pada tahap sederhana dengan purata mereka membaca lapan hingga 12 buah buku setahun.
Bagaimanapun angka yang direkodkan pada tahun 2015 lebih baik berbanding tujuh tahun lalu iaitu hanya lapan buku setahun.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, jumlah itu masih jauh ketinggalan berbanding sebahagian negara-negara Asia Pasifik lain.
“Sebagai contoh mahasiswa di Australia membaca 180 buku setahun, India (130), Indonesia (94), Thailand (56) dan Brunei (26).
“Kita perlu mendidik mahasiswa supaya menjadikan budaya membaca sebagai budaya hidup jika ingin menjadi rakyat negara maju,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Anugerah Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia-Kementerian Pendidikan Tinggi di sini kelmarin.
No comments:
Post a Comment