Translate

Thursday, May 4, 2017

Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid Ketua JSJ Terengganu baharu

MOHD. AZLI ADLAN


KUALA TERENGGANU - Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Terengganu baharu bermula hari ini.
Beliau menggantikan Senior Asisten Komisioner Wan Abd. Aziz Wan Hamzah yang dinaikkan pangkat dan dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Sebelum ini,  Fazlisyam, 38, yang merupakan antara Ketua JSJ negeri termuda merupakan Ketua Operasi Skuad Taktikal Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gangsterisme (Stagg) Bukit Aman.
Majlis serah tugas antara Wan Abd. Aziz dan Fazlisyam disaksikan Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment