Translate

Saturday, October 13, 2018

Warga emas mati lemas terjatuh rakit

BESUT – Seorang warga emas maut akibat lemas selepas dipercayai terjatuh dari rakit yang dinaiki untuk menyeberang Sungai Jerteh berhampiran Kampung Lubuk Kawah dekat sini kelmarin.

Mayat Awang Saman, 73, yang dikatakan terjatuh ke dalam sungai berkenaan pada 6.14 petang ditemui terapung tidak jauh dari lokasi dia dipercayai hilang kira-kira lima jam kemudian.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, sewaktu kejadian Awang yang menetap di Kampung Mata Air, Hulu Besut menaiki rakit berkenaan untuk menyeberangi Sungai Jerteh untuk ke kebunnya.

No comments:

Post a Comment