Translate

Saturday, October 6, 2018

Kain Snow Tessa Digital Exclusive mula masuki pasaran

FATIMAH Collection tidak perlu diperkenalkan lagi sebagai antarapemborong kain batik digital utama dan tersohor di Terengganu.

Syarikat yang terletak di Jalan Bandar, Kampung Cina, Kuala Terengganu tersebut sememangnya terkenal dengan kualiti batik yang cantik dan bermutu tinggi.

Kini Fatimah Collection memperkenalkan variati kain terbaharu iaitu Snow Tessa Digital Exclusive yang pertama kali diperkenalkan di negara ini.
Pengurus Besar Fatimah Collection, Zubair Thamizudden berkata, kain Snow Tessa Digital Exclusive yang baru siap rekaannya kira-kira seminggu lalu dibawakan khas untuk peminat batik terutama dalam kalangan kaum wanita di negara ini.

"Ia diperbuat daripada kain tessa yang berciri lembut, sejuk, tebal, tahan lasak dan tidak mudah kusut serta mengecut apabila dibasuh.

"Kain Snow Tessa Digital ini juga mudah dipakai tanpa perlu digosok dengan seterika malah boleh dicuci di dalam mesin basuh," katanya ketika ditemui di kedainya di Kampung Cina, Kuala Terengganu baru-baru ini.
Zubair berkata, variati kain terbaharu tersebut berkualiti tinggi kerana dicetak dengan menggunakan mesin pencetakan digital dari luar negara.

Menurut beliau, setakat ini sebagai edisi pengenalan, kain Snow Tessa Digital Exclusive yang dikeluarkan syarikatnya mempunyai empat rekaan.

"Setiap rekaan mempunyai lima warna berlainan dan bercorak bunga yang menarik dan eksklusif serta berkonsepkan kontemporari.

"Saya juga bercadang untuk menambah empat lagi rekaan kain Snow Tessa Digital Exclusive pada masa terdekat," ujar beliau.

Zubair berkata, kain variati terbaharu itu sesuai untuk dibuat persalinan baju seperti baju kurung, jubah dan maxi serta tudung.

Beliau berkata, harga bagi semeter kain Snow Tessa Digital Eksklusif yang boleh didapati di Fatimah Collection ialah RM25.
"Begitu pun, kami kini menawarkan promosi harga runcit cuma RM60 sepasang yang mengandungi empat meter kain varieti berkenaan untuk masa terhad," katanya.

Zubair juga menjelaskan, selain kain Snow Tessa Digital Eksklusif, Fatimah Collection juga menawarkan pelbagai kain batik jenis lain yang dijual pada harga semurah RM40 sepasang.

Menurut beliau, pembelian secara pukal dan borong bagi kain Snow Tessa Digital Eksklusif dan kain variati akan ditawarkan dengan harga lebih murah dan berpatutan berbanding harga runcit.

"Kami juga menyediakan penjualan secara online dengan melayari laman web db textile," ujarnya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Pengurus Besar Fatimah Collection, En. Zubair di talian 011-29281616.

No comments:

Post a Comment