Translate

Monday, October 8, 2018

JDT terkedu tewas 0-1 kepada TFC I

PENGURUS Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) Luciano Figueroa mengakui terkejut meyaksikan kelab kendaliannya tewas 0-1 kepada Terengganu FC I (TFC I) pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia kelmarin.

Beliau berkata, anak-anak buah­nya bukan sahaja bermain dengan cemerlang, malah menguasai hampir keseluruhan aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu tersebut.

“Tuan rumah (TFC I) sekadar memperoleh tiga peluang sepanjang tempoh 90 minit perlawanan tetapi berjaya meledak satu gol yang menjadi pemisah antara ke­dua-dua pasukan malam ini (kelmarin).

“Pemain-pemain saya bermain lebih baik tetapi gagal memanfaatkan deretan peluang yang terhidang,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan kelmarin.

Figueroa menegaskan, beliau tidak akan sesekali mahu menya­lahkan anak-anak buahnya terutama barisan serangan berikutan ketumpulan mereka untuk merobek gawang skuad Penyu.

Menurut jurulatih kelahiran Ar­gentina itu, beliau percaya pe­main-pemain skuad Harimau Selatan bermain dengan bersungguh-sungguh namun nasib tidak menyebelahi mereka pada aksi tersebut.

“Apa pun, kita kena melupakan kekalahan malam ini (kelmarin). Saya percaya kita boleh bangkit, sekali gus menukar keputusan pada aksi timbal balik di Larkin pada 20 Oktober depan,” katanya.

No comments:

Post a Comment