Translate

Friday, October 5, 2018

Polis Terengganu pastikan pemilihan PKR aman

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu sudah bersiap sedia untuk memastikan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) peringkat negeri ini yang dijadual berlangsung Jumaat ini berjalan dengan aman.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail (gambar) berkata, anggota polis negeri tersebut telah dikerah untuk berada dalam kea­daan bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan pada hari pemilihan tersebut.

Beliau berkata, beberapa Cabang PKR di negeri ini telah dikenal pasti sebagai lokasi panas yang perlu diberi perhatian selain tumpuan akan diberikan di kawasan bandar raya ini.

“Berdasarkan rekod lampau, saya percaya kepada kematangan ahli-ahli PKR negeri ini dan menjangka pemilihan terbabit berjalan dengan aman,” katanya selepas menyaksikan majlis serah tugas Timbalan Ketua Polis Terengganu di Ibu Pejabat Polis Kontijen Terengganu di sini semalam.

Datuk Allaudeen Abdul Majid dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Terengganu menggantikan Datuk Idris Abdullah yang bertukar sebagai Senior Asisten Komisioner Kepolisan Am Jabatan Kementerian Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman.

No comments:

Post a Comment