Translate

Friday, October 12, 2018

SPRM tahan jurubahasa Vietnam bantu siasatan kes beri rasuah kepada pegawai APMM

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Seorang jurubahasa Vietnam ditahan reman selama enam hari sehingga Isnin depan untuk membantu siasatan kes memberi rasuah kepada pegawai Maritim Malaysia (APMM) sejak setahun lalu.
Perintah reman tersebut dibenarkan Penolong Pendaftar Wan Aziantie Wan Ab. Karim@ Isa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), wanita berusia 46 tahun itu ditahan sewaktu memberi keterangan di Pejabat SPRM Terengganu di sini pada pukul 10.50 pagi semalam.

"Siasatan awal mengesyaki suspek berperanan sebagai orang tengah kepada tekong nelayan Vietnam untuk menawarkan rasuah kepada pegawai APMM di Markas Maritim Daerah Kemaman sejak bulan Mac 2017.


"Pemberian rasuah tersebut dipercayai sebagai dorongan untuk melepaskan nelayan dan bot Vietnam yang ditahan agensi penguat kuasa berkenaan atas kesalahan menangkap ikan secara haram di sekitar perairan negara," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment