PEMAIN gantian, Abdul Malek Mat Ariff menyelamatkan maruah Terengganu Football Club I (TFC I) apabila menjaringkan gol tunggal ketika skuad Penyu menewaskan kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) 1-0 pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2018 di Kuala Terengganu malam tadi, lapor MOHD. AZLI ADLAN.
Bekas pemain Kuantan FA itu yang masuk pada minit ke-60 menggantikan Mohd. Ashari Samsudin menjaringkan gol pada minit ke-79 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Biarpun membawa bekalan satu gol, namun ia belum selesa buat skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim itu yang akan berkunjung ke Larkin untuk aksi kedua menentang skuad Harimau Selatan pada 20 Oktober depan.
Satu lagi perlawanan separuh akhir bakal menyaksikan pertembungan Perak dan Sabah di Stadium Perak, Ipoh malam ini.
Pasukan tuan rumah berpeluang menambah jaringan, namun sepakan percuma Lee Tuck ditepis keluar penjaga gol JDT, Mohd. Farizal Marlias pada minit-minit akhir perlawanan.
No comments:
Post a Comment