Translate

Tuesday, October 2, 2018

Pas yakin dapat sokongan pengundi tentera

MARANG – Pas yakin pencalonan Presiden Kebajikan Rangkai­an Bekas Angkatan Te­ntera Malaysia, Leftenan Kolonel (B) Mohd. Nazari Mokhar mewakili partinya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson mampu me­raih undi dalam kala­ngan anggota dan bekas pasukan ke­selamatan.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pengundi dalam kalangan tentera amat signifikan bagi Parlimen Port Dickson dan jika soko­ngan diberikan kepada calonnya, ia mampu men­ggugat bakal Pre­siden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Seperti saya kata sebelum ini, untuk menang tidak mudah tetapi bukan mustahil. Pas juga pernah menang dalam beberapa PRK yang pernah diadakan sebelum ini se­perti PRK Arau (pada tahun 1998).

“Pas tidak gentar (de­ngan Anwar) malah Tun Dr. Mahathir Mohamad pun kita lawan. Pada tahun 1969, kita pernah me­ngalahkan Mahathir di Parlimen Kota Star Selatan,” katanya ketika ditemui di Masjid Rusila di sini semalam.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, sokongan yang diterima daripada badan bukan kerajaan dan beberapa ahli politik tempatan turut menjadi faktor Pas membuat keputusan untuk bertanding.

Menurut beliau, walaupun parlimen ber­kenaan bukan kawasan majoriti Melayu, Pas boleh menggerakkan ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas sebagai sebahagian daripada jentera pilihan raya untuk mendekati pengu­ndi-pengundi Cina dan India.
“Pakatan Harapan juga tidak sekata, Parti Pribumi Bersatu Malaysia Ne­geri Sembilan dibubarkan. Ini peluang untuk kita sekurang-kurangnya meningkatkan jumlah undi,” katanya.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah yang juga bekas pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia pada 12 September lalu untuk memberi laluan kepada Anwar bertan­ding dan kembali ke Parlimen.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Danyal menang dengan majo­riti 17,700 undi selepas memperolehi 36,225 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Datuk V. Mogan (18,515 undi) dan calon Pas, Mahfuz Roslan (6,594 undi).

No comments:

Post a Comment