Translate

Tuesday, October 2, 2018

TFC I raih slot separuh akhir Piala Malaysia

TERENGGANU Football Club I (TFC I) bangkit daripada ketinggalan untuk mara ke separuh akhir Piala Malaysia setelah menewaskan Felda United 4-3 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi, lapor MOHD. AZLI ADLAN.

Skuad Penyu bimbingan Irfan Bakti Abu Salim yang ketinggalan 0-2 sehingga minit ke-56, mencipta kebangkitan dramatik pada penghujung babak kedua sebelum mengesahkan kemenangan menerusi agregat 6-4.

Jaringan Felda United dihasilkan oleh Thiago Junio, Ahmad Syamim Yahaya dan Gilberto Valdenesio pada minit ke-12, m-48 dan m-78. Gol TFC I pula dijaringkan oleh Lee Tuck, Adib Aizuddin Ab. Latif, Abdul Malik Mat Arif dan Tchetche Kipre pada minit ke-56, m-63, m-82 dan m-86.

Malam ini dua lagi perlawanan suku akhir kedua akan berlangsung melibatkan Pahang menentang Johor Darul Ta’zim di Larkin, manakala Sabah berdepan Kelantan di Kota Kinabalu.

No comments:

Post a Comment