Translate

Wednesday, October 10, 2018

Allaudeen kini Timbalan Ketua Polis Terengganu

KUALA TERENGGANU – Datuk Allaudeen Abdul Majid, 54, memulakan tugas secara rasmi sebagai Timbalan Ke­tua Polis Terengganu berkuat kuasa­ semalam.

Beliau menggantikan Datuk Idris Abdullah yang bertukar ke Bukit Aman sebagai Senior Asisten Komisioner Kepolisan Am Jabatan Kementerian Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam.

Sebelum ini, Allaudeen yang mempunyai 33 tahun perkhidmatan dalam Polis Diraja Malaysia menyandang jawatan Ketua Penolong Pe­ngarah Bahagian Pematuhan Standard (Siasatan/ Perundangan/Kajian Kes) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard.

“Kepercayaan yang diberikan untuk menggalas tugas sebagai Timbalan Ketua Polis Terengganu bagi saya cukup mencabar. Saya berpe­ranan membantu Ketua Polis Terengganu (Datuk Aidi ­Ismail) menjadi nadi pengge­rak dan pemudah cara setiap arahan Ketua Polis Negara.

“Apatah lagi untuk mengekalkan prestasi cemerlang Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu yang merupakan antara terbaik di negara ini dalam menurunkan indeks kadar jenayah mana­kala kadar pertuduhan pula agak tinggi,” katanya selepas menandata­ngani dokumen terima serah tugas antara­nya dengan Idris di IPK Terengganu di sini semalam.

No comments:

Post a Comment