Translate

Tuesday, October 16, 2018

Kakitangan jabatan perhutanan ditahan akibat minta rasuah

KUALA TERENGGANU – Seramai empat kakitangan dan bekas kakita­ngan Jabatan Perhutanan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) kelmarin bagi membantu siasatan kes meminta ra­suah daripada kontraktor balak.

Sumber SPRM memberitahu, ke­semua individu berusia lingkungan 46 hingga 57 tahun itu ditahan selepas hadir untuk memberi keterangan di Pejabat SPRM Terengganu di sini pada pukul 3 petang.

“Mereka ditahan bagi membantu siasatan meminta rasuah daripada kontraktor balak yang dipercayai dilakukan pada beberapa tahun lalu.

“Siasatan awal mengesyaki perbuatan itu dilakukan sewaktu mereka bertugas di sebuah pejabat perhuta­nan daerah di negeri ini,” katanya di sini semalam.

Sumber SPRM itu berkata, sebahagian daripada suspek yang ditahan itu juga sudah tidak berkhidmat dengan Jabatan Perhutanan negeri.

No comments:

Post a Comment