Translate

Friday, October 12, 2018

Jurubahasa Vietnam direman bantu siasatan kes makan suap

KUALA TERENGGANU – Seorang jurubahasa Viet­nam sambilan ditahan reman selama enam hari sehingga Isnin depan untuk membantu siasatan kes memberi rasuah kepada pegawai Maritim Malaysia (APMM) sejak setahun lalu.

Perintah reman tersebut dibenarkan Penolong Pendaftar Wan Aziantie Wan Ab. Karim@ Isa di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), wanita berusia 46 tahun itu ditahan sewaktu memberi keterangan di Pejabat SPRM Terengganu di sini pada pukul 10.50 pagi kelmarin.

“Siasatan awal menge­syaki suspek berperanan sebagai orang tengah kepada tekong nelayan Viet­nam untuk menawarkan rasuah kepada seorang pegawai APMM di Markas Maritim Daerah Kemaman. Wang sogokan berkenaan dipercayai dimasukkan menerusi satu akaun bank sejak bulan Mac 2017.

“Pemberian rasuah ter­sebut bertujuan sebagai dorongan untuk melepaskan nelayan dan bot Vietnam yang ditahan agensi penguat kuasa berkenaan atas kesalahan menangkap ikan secara haram di sekitar perairan negara,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Sumber SPRM berkata, suspek yang berkebolehan berbahasa Vietnam sebelum ini sering diupah oleh APMM untuk menjadi jurubahasa bagi memudahkan urusan siasatan dan pertuduhan di mahkamah melibatkan nelayan negara berkenaan.

No comments:

Post a Comment